APA MASALAH TAK TAHU LAAA

Aku tak tahu la kenapa orag anggap orang gemuk/gemoq ni kuat makan and malas nak senaman... aku sendiri pun tak tahu KENAPA aku gemuk.. nak kata selera makan kuat tak juga.. and tak semua makanan aku suka.. so aku tak kan habiskan makanan dekat atas meja macam semua orang semua fikir.. kalau nak kata malas senaman tu ya... aku memang malas nak buat senaman.. bukan apa.. aku tak dak kawan yang nak ajak p senaman ni.. semua dah sibok dengan keja.. aku ja la masih sibok habiskan duit abah aku.. (takda rezki lagi nak dapat keja) bukan kes memilih TAU..

aku tak tahu la kenapa aku sekarang tak boleh hadap dengan orang mulut lincah  ni.. aku jadi cepat benci..!!! TAPI AKU TAK SUKA MEMBENCI ORANG... kadang-kadang aku fikir semua ni adalah dugaan untuk aku supaya aku akan kuat kalau aku kena hadap dengan orang mcm ni.. sebab aku ambik COURSE budak media.. huhuhuhu..  aku cakap pasal mulut orang ni sebab makin aku besar makin berani orang berkata-kata tentang aku, padahal aku tak pernah kacau pon hidup orang.. lantak la dia nak kurus ke gemuk..hmmm betul la kata orang

"mulut orang tak boleh tutup"

lantak la malas pikir..!!

haaaaaaaa  cerita pasal course aku ambik ni.. sebenarnya mak aku yang pilihkan,.. sebab aku banyak cakap.. elok la dengan dua tahi lalat yang bertapak dekat mulut aku ni...tapi IN SHA ALLAH aku nak sambung bahagian multimedia.. sebab aku nak cuba banda yang lain.. so nnti kalu ada rezki buat sampai PHD aku akan tukar2 course.. bak kata orang ambik2 pengalaman... try something new is best thing for me... FOR ME LAAA untuk orang lain aku xtahu la...

aiiikkk cerita aku ni macam dah bercampur jaaa...?


night,
sihati&siotak

SEKARANG BARU AKU TAHU KENAPA SUSAH NAK TURUN BERAT BADAN!!!

klu cerita bab turun berat badan ni.. aku mememang gagal walaupon aku diet dan senaman.. sampai satu tahap aku malas nak ambil tahu dah pasal berat badan aku simpan kata2 ni "kalau lelaki tu nak kan kita dia akan terima seadanya".. tapi aku still nak kurus sebab aku nak aktif buat sukan aku rindu nak berlari semua... now berat aku nak cecah 100kg.. aku tak nak la lebih pada seratus.. kesihatan aku lagi...

tapi aku dah usaha!!!

so today aku dah dapat tahu!!! rupa-rupanya badan aku banyak toksin..😭😭😭... so aku kena cari jalan buang toksin dulu baru senaman aku diet aku akan menjadi...

aku kena berusaha keras untuk kesihatan dan aktiviti yang aku rindu selama ini... memang laaa dari sekolah aku tak boleh lari laju tapi bolehh la berlari.... yang paling penting aku rindu nak join FUN RUN!!!

haritu g la join fun run.. semput dia yaaa ampunn... aku x pernah rasa macam ni.. panjat bukit pon sekarang dan lemau.. and badan rasa malas ja sentiasa..

aku kena usaha dan jangan hangat2 tahi ayam!!!!!!

night,
sihati&siotak

wahhhhhh... lama gila aku tak guna blog... aku boleh terjumpa blog aku ni bila aku jumpa email zaman budak sekolah yang mana masa tu aku gila sungguh dengan K-POP heheheheheh  sekarang minat juga tapi tak la macam dulu.. dulu waktu terluang tu terlalu banyak laa sampai boleh baca semua gossip.. layan semua cerita..padahal masa tu nak SPM.. and aku dah dapat padah keatas kelakuan aku yang NGANGA  di buai anggan2..HUHHHHH rasa tua sangat sekarang.. SPM pon dah lama tinggal.. sekarang tengah sibok kumpul duit untuk tampung hidup sampai akhir hayat..


SO sekarang aku tengah belajar balik nak guna blog ni, bukan apa aku nak jadikan dia sebagai dairi aku hari-hari (kalau rajin laaa kan)


kenapa aku nak jadikan dairi?seminggu aku pikir apa aku nak buat dengan blog yang terbengkalai ni... lama2 aku dapat.. aku ni style yang suka
"MONOLOG DENGAN HATI & BERFIKIR DENGAN MENDALAM" jadi !!!!! aku ambil keputusan nak tulis semua yang aku terfikir... sekurang-kurangnya aku tak yah la fikir bnda tu banyak kali...huhuhu

sekarang dah malam sangat otak aku cergas ja nak menulis ni.. padahal xde pon yang nak baca... ehh lantak laaa xda yang baca.. janji aku baca,... hehehehe. Tapi kalau ada yang sudi baca tu SYUKUR..


night,
sihati&siotak